Isu dan kontroversi Tenaga_Nasional_Berhad

Pengendali Tenaga Bebas

Pada 22 Mei 2014, Bekas Pengerusi Eksekutif TNB, Allahyarham Tan Sri Ani Arope mendedahkan perancangan gangguan bekalan elektrik seluruh negara pada tahun 1992 yang bertujuan bagi mewujudkan Pengendali Tenaga Bebas (IPP) di Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam buku beliau Memoir Tan Sri Ani Arope setebal 143 surat yang menceritakan permulaan IPP, di mana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang dikuasai Dr. Mahathir Mohamad ketika itu menyeru TNB agar menyerahkan tanah di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan sebuah loji janakuasa.[73]

Serangan aib oleh Namewee

Penyanyi rap dan pembikin filem Wee Meng Chee (Namewee) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Muar atas kesalahan beliau mengaibkan seorang kakitangan TNB pada tahun 2009. Beliau didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana menggunakan bahasa lucah terhadap kakitangan TNB, Wan Mohd Faizal Wan Hamat di pejabatnya di Jalan Temenggong Ahmad, Muar, Johor pada jam 10 malam 26 Oktober 2009.[74] Namewee membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh Ketua Unit Pendakwaan Johor, Saiful Edris Zainuddin.[75] Dalam rakaman video itu, ia menunjukkan Namewee meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada TNB kerana kampung halamannya di Muar mengalami gangguan bekalan elektrik dan berlaku pertengakaran antara beliau dengan kakitangan TNB.

Platform Coinzer

Tenaga Nasional dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada 16 Mac 2018 menafikan mereka tidak bergabung atau dengan sebarang bentuk berhubung dengan platform mata wang kripto yang dipanggil Coinzer. Mereka turut menyatakan penggunaan nama mereka dalam kertas putih dan laman web Coinzer mengelirukan kerana kedua-dua pihak tidak mempunyai kuasa atau mengesahkannya.[76] Menurut kenyataan mereka: "KeTTHA dan TNB juga mahu menasihatkan bahawa nama dan logonya tidak boleh digunakan tanpa kelulusan sewajarnya oleh mana-mana pihak ketiga,".[77] Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan mereka tidak memberi kuasa atau menyokong platform mata wang kripto tersebut.[78][79]

Gangguan perkhidmatan utiliti

TNB memaklumkan terdapat gangguan dalam sistem pengebilan mereka pada 15 hingga 20 Mei 2019 menyebabkan segelintir pengguna menerima bil yang tinggi. TNB pada April dilaporkan menerima sebanyak 5,621 aduan manakala Mei meningkat kepada 9,028 aduan dengan keseluruhan aduan diterima setakat ini berjumlah 14,469. Daripada jumlah itu, 11,331 aduan berjaya diselesaikan manakala 3,318 masih dalam siasatan.[80] TNB dikenakan denda oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) selepas didapati melakukan beberapa kesalahan dan ketidakpatuhan menyediakan perkhidmatan utiliti kepada pengguna. Siasatan awal mendapati TNB melakukan kesalahan kerana tidak menepati prestasi perkhidmatan piawai ditetapkan kementerian dalam menyediakan perkhidmatan elektrik.[81]

Penalti oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)

Suruhanjaya Tenaga (ST) telah mengeluarkan 36 kompaun berjumlah RM3.6 juta kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada bulan Disember 2019. Menurut ST, tindakan tersebut diambil setelah mereka menyiasat aduan bil elektrik tinggi pada bulan Mei dan Jun tahun 2019, yang diterima daripada pihak pengguna. Hasil siasatan mendapati syarikat tersebut gagal mematuhi arahan ST berhubung piawaian prestasi Minimum Service Level (MSL), berkaitan tempoh penyerahan bil-bil elektrik kepada pihak pengguna. Dari aspek dan pengurusan yang lain, TNB berjaya mematuhi piawaian prestasi Guarantee Service Level (GSL 1) dan akan maju ke fasa jaminan kedua (GSL 2) menjelang tahun 2020. Berdasarkan keputusan kegagalan (MSL) pembilan tersebut, TNB perlu memastikan setiap pengguna menerima bil elektrik secara bulanan tepat pada masanya.[82]

Rujukan

WikiPedia: Tenaga_Nasional_Berhad http://www.alacrastore.com/company-snapshot/Tenaga... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsbusiness.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id... http://www.bursamalaysia.com/market/listed-compani... http://www.kinibiz.com/story/corporate/130879/a-gl... http://www.mhccompetitions.com/mhl/index.php?kod=T... http://travel-to-malaysia.com/spirit-of-merdeka-ma... http://travel-to-malaysia.com/the-national-electri... http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=805... http://www.dailyexpress.com.my/news/132245/tnb-pub...